selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pecah Bangunan Yang Memerlukan Permit Ruang Udara

Bangunan yang dibina dalam satu lot tetapi sebahagian bangunan terkeluar dan mengunjur keluar ke atas tanah kerajaan atau tanah riezab sebagai tambahan kepada bangunan berbilang tingkat atas tanah bersempadan seperti struktur cucur atap (eave), kajang (awning) dan langkan (balcony).

Satu permit dalam Borang 4D dikeluarkan menurut seksyen 75A Kanun Tanah Negara 1965 bagi setiap struktur bangunan berbilang tingkat seperti struktur cucur atap (eave), kajang (awning) dan langkan (balcony) ke atas penggunaan ruang udara atas tanah kerajaan atau tanah rizab.

Kuasa melulus permohonan permit ruang udara ke atas tanah kerajaan atau tanah rizab bagi bangunan berbilang tingkat diwakil kuasa kepada Pengarah Tanah Dan Galian Selangor.

Permit ruang udara hendaklah diserah kepada pemilik petak  dan perbadanan pengurusan setelah Mesyuarat Agung Tahunan Pertama diadakan yang melibatkan harta bersama.

Tanggungjawab Pemohon

  1. Pastikan dokumen permohonan lengkap seperti senarai semak
  2. Permohonan dikemukakan seperti senarai semak yang disediakan
  3. Menjelaskan bayaran yang ditetapkan.


Kemaskini pada 2015-11-12 10:55:04 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page