selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Skim Kos Rendah

Bangunan yang dibina di bawah skim kos rendah yang telah diperakui oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau Pihak Berkuasa Perancangan melalui pelan bangunan yang diluluskan dan perakuan sijil layak menduduki yang telah dikeluarkan. Apabila permohonan diluluskan, satu Sijil Perakuan Bangunan Kos Rendah dikeluarkan di bawah Jadual VIII, Kaedah 10(1) (Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata 1987) ke atas Skim Kos Rendah tersebut.

Permohonan tersebut hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tanah dan Daerah berkaitan. Kuasa mengklasifikasikan mana-mana bangunan sebagai suatu bangunan kos rendah adalah Pentadbir Tanah Daerah melalui penurunan kuasa oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dengan mengeluarkan suatu perakuan merupakan Sijil Perakuan Bangunan Kos Rendah .

Tanggungjawab Pemohon

  • Pastikan dokumen permohonan lengkap seperti senarai semak
  • Permohonan dikemukakan seperti senarai semak yang disediakan.
  • Mengemukakan Permohonan Pecah Bahagi Bangunan beserta dengan Sijil Perakuan Bangunan Kos Rendah yang diperolehi daripada Pejabat Tanah dan Daerah yang berkenaan ke Bahagian Hakmilik Strata PTG Selangor.

Tiada bangunan yang didirikan dalam suatu blok sementara boleh diklasifikasikan sebagai suatu bangunan kos rendah.



Kemaskini pada 2015-11-12 10:54:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page