selangorPTG-flag
Portal Rasmi

PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR

bm

Bahasa
Melayu

EN

English

search

Search

w3c

W3C

faq-img

Soalan
Lazim

hubungi-kami

Hubungi
Kami

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Atau Tanah

Permohonan mendapatkan hakmilik secara berasingan (Hakmilik Strata) bagi mana-mana bangunan yang mempunyai dua tingkat atau lebih dan mana-mana  tanah beri milik yang mempunyai duabangunan atau lebih di atas tanah beri milik yang dibina di dalam satu lot yang sama di bawah seksyen 6 Akta Hakmilik 1985. Kuasa meluluskan atau menolak permohonan adalah Pengarah Tanah Dan Galian Selangor / Timbalan Pengarah Tanah Dan Galian Selangor secara terus mengikut subseksyen 12(1) / seksyen 21(1) Akta Hakmilik Strata 1985.

Tanggungjawab Pemohon

  1. Memenuhi kehendak senarai semak yang disediakan mengikut Seksyen 9 & 10 Akta Hakmilik Strata 1985.
  2. Permohonan dikemukakan seperti senarai semak yang disediakan
  3. Menjelaskan apa-apa fee yang ditetapkan mengikut seperti berikut:-
  • Pembayaran melalui Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah di atas nama "Bendahari Selangor " dan dipalang "Akaun Penerima Sahaja".
  • Sila catitkan Nama, No. Kad Pengenalan, Alamat Pembayar serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Cek/Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf.
  1. Bayaran deposit dibuat beserta Jadual 1B [Kaedah 5A(1)](Kaedah-Kaedah Hakmilik Strata Selangor 1987). – jika terlibat dengan blok sementara

* Menarik balik kaveat-kaveat yang didaftarkan atas tanah atau menentukan kaveat-kaveat bagi petak-petak berkenaan  mengikut Subsekyen 15 (5) AHS 1985. (Jika berkaitan)



Kemaskini pada 2015-11-12 10:53:41 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page