- Semakan maklumat cukai tanah perlu dibuat sebelum pembayaran dapat dilaksanakan. Sila pastikan maklumat seperti nombor hakmilik, nombor lot dan nombor akaun adalah betul dan tepat.
- Sila cetak atau simpan (save) resit transaksi bayaran dan resit cukai tanah sebagai bukti pembayaran.
- Penyata pembayaran online (resit cukai tanah) hanya boleh diperolehi di Kaunter Semakan Bahagian Hasil Pejabat Tanah dan Galian Selangor selepas 3 hari pembayaran dibuat.
- Sekiranya anda mempunyai masalah untuk mencetak resit cukai tanah dan ingin mengulang cetak, sila ke kaunter Bahagian Hasil, Pejabat Tanah dan Galian Selangor atau mana-mana Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan selepas 3 hari pembayaran dibuat. Bayaran tambahan berjumlah RM20.00 akan dikenakan bagi setiap kali cetakan semula.
- Jika terdapat sebarang perbezaan maklumat, sila hubungi Bahagian Hasil, Pejabat Tanah Dan Galian Selangor di talian 03-5544 7343, 03-5544 7328, 03-55205636 atau faks ke 03-55136707.
- Tempoh pengemaskinian adalah 3 hari bekerja (tanpa ada gangguan pada sistem)
Kemaskini pada 2019-02-13 15:23:40 daripada Rohayu